Sudah pasti korang biasa menggunakan browser Mozilla Firefox ataupun Google Chrome, tapi aku rasa ramai yang suka menggunakan Mozilla Firefox kerana Firefox menyediakan lebih banyak kemudahan berbanding Chrome. Tetapi Google Chrome cukup terkenal dengan kelajuannya dan merupakan salah satu browser yang ringan. Tapi secara peribadi, browser Opera lagi mantap dari browser Chrome.
Tetapi adakah korang sedar bahawa browser yang korang selalu guna setiap hari itu walaupun secara kasarnya nampak kuat dan hebat, tetapi ianya tidak lari dari mempunyai kelemahan. Adakah korang sedar akan kelemahan browser Mozilla Firefox dan Google Chrome itu? Kelemahannya ialah fungsi save password ataupun remember password sangat tidak secure dan mudah dicerobohi.
Jadi aku nak kongsi dengan korang macam mana begitu mudah untuk mengetahui password yang menggunakan fungsi remember password, fungsi ini sangat tidak selamat jika korang menggunakan internet di Cyber Cafe ataupun laptop orang lain. Bayangkan jika korang login email atau login mana-mana akaun yang penting, last-last akaun korang dapat diceroboh.
Dibawah ialah gambar yang aku print screen untuk tunjukkan kepada korang semua bagaimana begitu mudah untuk mengetahui abjad sesuatu password yang telah tersimpan ataupun cara untuk mengetahui password yang disimpan pada browser Mozilla Firefox dan juga Google Chrome.
Dibawah ialah gambar untuk browser Mozilla Firefox;
Ini adalah gambar untuk mozilla firefox sebelum dapat mengetahui abjad password yang telah tersimpan. Klik untuk paparan lebih jelas.
Gambar ini pula adalah selepas dapat mengetahui abjad password yang telah tersimpan pada browser Mozilla Firefox. Klik untuk paparan lebih jelas.
Manakala gambar dibawah pula ialah untuk browser Google Chrome :
Manakala gambar browser Google Chrome ini pula ialah setelah dapat mengetahui abjad password yang tersimpan pada browser tersebut. Klik untuk paparan lebih jelas.
Selepas tengok gambar diatas apa pendapat korang? begitu mudahkan untuk mengetahui password orang lain yang telah tersimpan. Harap korang gunalah maklumat ini untuk melindungi password korang, jangan pula korang gunakan maklumat ini ke jalan yang salah…
Antara kata-kata sinis yang aku dengar, “elleh.. dia dah save/remember password, klik jer lah butang login, pasti dapat”.. Yer betul, memang dapat, tetapi anda masih kurang bijak kerana tak nampak abjad password yang digunakan. Kebiasaannya pengguna internet menggunakan email dan password yang sama untuk kesemua akaun online yang dia ada. Jadi kalau password akaun email utama berjaya diketahui, sudah pasti akaun-akaun lain begitu mudah untuk diceroboh. Apa pula pendapat korang? Adakah Browser Mozilla Firefox dan Google Chrome sudah tidak selamat untuk digunakan.
p/s: aku tidak cuba untuk browser Internet Explorer, jadi tak pasti fungi Inspect Element ini ada ke tidak, tetapi browser Opera tiada fungsi Inspect Element.
p/s/s: untuk menggunakan Inspect Element, korang perlu install add ons Firebug di browser Mozilla Firefox korang.

Sabtu, Maret 05, 2011












